Tuesday, June 1, 2010

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang


Kompleks Laksamana Bentan Megat Seri Rama dan
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Kota Tinggi, Johor

Kota Tinggi, Johor. 1699

Lanun bermaharajalela! Dari arah Sedili Besar hingga ke kepulauan Riau dan Pulau Penyegat, seluruh perairan Johor di kuasai oleh lanun. Kapal-kapal perdagangan begitu gusar untuk memasuki pelabuhan Johor kerana bimbang diserang mereka. Tak kurang juga penduduk-penduduk setempat yang tinggal disepanjang pantai kawasan tersebut. Sudah berapa lama nelayan bimbang untuk keluar ke laut. Keadaan terlalu menakutkan...Tapi tidak di Kota Tinggi. Pusat kerajaan Johor Lama. Terlalu gagah pertahanannya, dibawah kawalan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Temenggung. Dan perlindungan yang begitu rapi ini membuatkan Sultannya yang masih muda berasa sangat selamat-Sultan Mahmud Syah II.
Pahlawannya pula sangat berwibawa dan bersedia untuk mengorbankan diri demi Sultannya pada bila-bila masa. Antaranya Laksamana Megat Seri Rama, laksamana muda yang datang ke Kota Tinggi dari sebuah wilayah jauh di selatan Kerajaan Johor, Pulau Bentan. Dan juga kerana tempat asalnya itu, beliau digelar Laksamana Bentan. Laksamana Bentan mendapat tempat yang istimewa di mata Sultan Mahmud kerana jasa-jasanya mempertahankan negeri dari ancaman musuh. Kerana itu Laksamana muda itu begitu cepat mencapai kedudukannya sekarang. Namun, sudah menjadi adat dalam masyarakat melayu, kadang-kadang kejayaan seseorang itu, selain dari memberi kegembiraan dan kebanggaan, turut mengundang hasad dengki kepada orang lain. Orang itu adalah Tun Bija Ali!
Sudah terlalu lama Tun Bija Ali berkhidmat kepada Kerajaan Johor, sejak dari zaman Almarhum ayahanda Sultan Mahmud hinggalah sekarang, masih belum mendapat perhatian dari Sultan. Tambahan kehadiran Laksamana baru itu, kini, Baginda Sultan seakan endah tak endah akan dirinya. Hati siapa tidakkan sakit?
Sakit hatinya bertambah-tambah lagi apabila Laksamana Bentan itu berjaya memiliki seorang dara yang juga ingin dimilikinya, Wan Anum. Gadis itu memang digilainya sejak kali pertama gadis itu menjejakkan kaki ke Kota Tinggi, setelah kematian ibu dan ayahnya dibunuh lanun di Mersing. Dia diselamatkan oleh Laksamana Megat Seri Rama dari tangkapan lanun tersebut sedikit masa dahulu dan dibawa ke Kota Tinggi untuk tinggal bersama datuk dan neneknya, Pak Mahad di Kota Tinggi. Sejak itu Wan Anum berkenan dengan Laksamana yang muda itu, dan ternyata, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dan Laksamana Megat Seri Rama mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai isteri, memandangkan Wan Anum seorang yatim piatu dan tambahan pula gadis itu amat luar biasa, lemah lembut dan cantik pula. Berkahwinlah mereka berdua dan tidak lama lagi pasangan muda itu bakal menimang cahaya mata. Wan Anum kini sedang berbadan dua dan hanya selang sebulan dua untuk menimang cahaya mata sulung.
Namun keadaan tidak selalunya seperti diharapkan. Harapan Wan Anum untuk bersama suami tercinta apabila dia melahirkan anaknya nanti tidak kesampaian. Baginda Sultan telah mengeluarkan perintah yang bahawa Laksamana Megat Seri Rama perlu mengetuai angkatan tentera Johor menentang lanun sekali lagi. Keadaan ancaman lanun lebih hebat kali ini dan ini memaksa Laksamana tidak lagi dapat menangguhkan lagi perintah baginda, walau bagaimana sekalipun beliau bimbangkan keadaan isteri tercinta. Dan Wan Anum perlu memahami keadaan tugas suaminya dan itu janji pada dirinya sejak dari hari pertama dia menerima lamaran Laksamana muda itu. Demi negara, dia rela, dan ini pun demi keselamatan dirinya juga. Dengan berat hati Wan Anum melepaskan Laksamana Megat Seri Rama pergi menjalankan tugas dilautan. Sepeninggalannya, Laksamana Megat Seri Rama mengamanahkan sahabat baiknya Tun Aman dan kakaknya Tun Khatijah menjaga isterinya Wan Anum.
Namun seseorang sedang memerhatikan peluang ini sebagai peluang yang amat menguntungkan. Keadaan Wan anum yang seorang diri tanpa suami disisi, akan dipergunakan sebaiknya, paling tidak untuk merasai wanita yang dulu pernah terlepas dari genggaman itu. Pada suatu malam, Tun Bija Ali menyusup masuk ke rumah Laksamana yang pada waktu itu Wan Anum sedang keseorangan. Wan Anum yang terperanjat tapi tidak mudah melatah. sekalipun berbadan dua, dia mencuba sedaya upaya menentang akan pencerobohan biadap Tun Bija Ali itu. Dan kegagalan itu membuatkan Tun Bija Ali tidak senang duduk. Bagaimana jika rahsia itu pecah dan sampai ke pengetahuan Laksamana? Pastinya Laksamana akan mengambil tindakan dan membunuhnya....jadi sebelum Laksamana bertindak keatasnya, biar dia bertindak dahulu.

Sudah hampir 2 bulan Laksamana pergi dan Wan Anum hanya mampu berdoa kepada doa demi keselamatan suami tercinta. Kandungannya semakin sarat. Tapi ada satu perkara yang membuatkan dia gelisah. Terlalu sukar hendak mendapatkan nangka kerana sekarang bukanlah musimnya berbuah, tapi itulah yang amat diidam-idamkan. Kecur tekaknya apabila mengenangkan ulas nangka yang manis tapi dimana hendak dicari? Awang, budak khadamnya itu sudah penat mencari, dari Kampung Bendahara ke Kampung Tembioh, dan seluruh Kampung Kelantan tempat tinggalnya itu masih tidak berjumpa. Setiap batang pokok nangka dibelek, usahkan buah, putik pun tiada.

Namun seakan harapan mula berputik bila terlihat Penghulu sedang mengusung sesuatu di bahu melintasi rumahnya. Dan ternyata ianya sebiji nangka yang sedang masak ranum dan luar biasa pula besarnya dalam perjalanan untuk dipersembahkan kepada Sultan. Wan Anum merayu untuk menjamah sedikit dari buah tersebut, seulas pun jadilah. Semata-mata untuk melepaskan rasa mengidam yang meluap-luap. Rasa simpati mencurah lalu diberikan seulas dari seluruh buah nangka tersebut. Tapi janji dibuat antara mereka berdua, jangan dibiarkan sesiapa yang lain tahu kelak badan binasa.

Malangnya Sultan Mahmud mencurigai akan buah nangka tersebut apabila terlihat akan kesan tebukan kecil pada kulitnya dan getah yang mengalir. Dan apabila dinyatakan angkara siapa, lalu Tun Bija Ali yang kebetulan berada bersama Sultan ketika itu sedar akan peluang ini tidak boleh dilepaskan. Dendam harus dilunas. Lalu dibisikkan kata hasutan, bahawa tindakan Wan Anum yang merasai nangka tersebut sebelum baginda ternyata membawa aib dan ternyata derhaka kepada baginda. Baginda Sultan yang termakan hasutan ternyata amat murka dan segera menitahkan Wan Anum mengadap. Wan Anum yang sedar keadaannya dirinya sedang terancam merayu kepada baginda bahawa tindakannya semata-mata kerana beliau sedang mengidam dan buah nangka yang dimakannya adalah kerana kehendak anak didalam kandungannya. Ternyata kata-katanya membawa padah! Sultan Mahmud menitahkan agar perut Wan Anum dibelah semata-mata untuk membuktikan dakwaannya! Tun Bija Ali amat gembira menerima titah tersebut, rahsianya akan terus berkubur, Wan Anum akan menerima padah dan dirinya akan terselamat.
Alangkah malang dan terseksa nasib Wan Anum, sembah rayu tidak dipandang oleh baginda....dan Wan Anum akhirnya terkulai, dengan kandungannya yang terburai. Tapi kuasa Allah Yang Maha Besar. Dakwaan Wan Anum ternyata benar, apabila terlihat oleh baginda dan Tun Bija Ali, terdapat cebisan nangka di mulut janin Wan Anum! Namun itu tidak membawa apa-apa kesan kepada Sultan Mahmud dan Tun Bija Ali, malah diperintahkan seluruh isi istana merahsiakan apa yang telah berlaku terutamanya dari pengetahuan Laksamana Megat Seri Rama.
Angkatan tentera Johor menang besar dengan berjaya mengalahkan lanun dan Laksamana Megat Seri Rama sudah tidak sabar benar hendak pulang ke Kota Tinggi untuk bertemu anak isteri yang pada jangkaannya tentu Wan Anum telah pun melahirkan zuriat mereka. Namun khabar mengatakan Wan Anum meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka meluluhkan jiwa laksamana tersebut. Terlalu kecewa dan pedih dihatinya. Pada suatu hari, sewaktu berjalan pulang dari kubur, hujan renyai turun memaksa laksamana itu mencari tempat perlindungan dan dia singgah berteduh dibawah bumbung sebuah rumah pekerja istana. terdengar olehnya akan perbualan suami isteri didalam rumah tersebut mengenai penganiayaan dan dilakukan oleh Sultan Mahmud keatas Wan Anum. Rasa amarah meluap-luap dan membara, membakar rasa dendam yang teramat sangat. Tambahan pula, Tun Aman sahabat baiknya membuka rahsia, yang semua ini angkara dari Tun Bija Ali! Lalu sebuah pakatan dibuat untuk menyelesaikan kedua binatang bedebah tersebut.

Tun Bija Ali seorang yang kaki perempuan, walaupun telah beristeri empat tapi masih menggilai perempuan lain, antaranya Tun Khatijah, kekanda Tun Aman. Dan peluang ini digunakan oleh Tun Aman untuk memerangkap Tun Bija Ali dan hasilnya, Tun Bija Ali berkubur ditengah hutan tanpa diketahui sesiapa! Tersenyum puas Laksamana Bentan kerana orang yang menjadi onar telah pun menerima akibatnya namun itu belum cukup...

Pada suatu malam Jumaat, diperasap diasam keris panjang dan keris pendua. Esok, bumi Kota Tinggi bakal menjadi bertuah, dimana ditanahnya akan melimpah darah seorang Raja. Menjelang tengahari, sewaktu penduduk Kota Tinggi berpusu-pusu menuju ke Masjid Besar untuk menunaikan solat Jumaat, hujan renyai panas membasahi bumi. Sultan Mahmud Syah sedang dijulang pengiring-pengiringnya dari atas tandu ke tangga istana. Dan tiba-tiba Laksamana Megat Seri Rama muncul, menghalang laluan baginda. Diatas julangan tersebut, baginda ditikam dirusuk kiri membuat baginda dan orang-orangnya terpana, terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi dalam keadaan nazak, Baginda mencabut keris kerajaan yang tersisip dipinggangnya, lalu dilontar ke kaki Laksamana, lantas memaku Laksamana itu kebumi, sambil melafazkan kalimah

"Jika benar beta Raja berdaulat, beta haramkan sebarang anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar beta sumpah muntah darah hingga putuslah nyawa!"

Dan tak semena-mena, Laksamana yang sedang cuba mencabut keris dikakinya, memuntahkan darah yang membuak-buak lalu rebah dikaki tangga masjid. Sementara Sultan Mahmud Syah mangkat diatas julangan pengiringnya. Sejak dari peristiwa itu baginda yang merupakan keturunan Kesultanan Melaka yang terakhir, digelar orang Marhum Mangkat Dijulang dan tidak meninggalkan sebarang pewaris takhta. Manakala diceritakan orang, sumpahan baginda masih tegar dan keras dibumi Kota Tinggi, Johor. Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Makam dan Laksamana Megat Seri Rama pula, dikebumikan bersebelahan dengan kubur isteri dan anaknya di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor.

42 comments:

  1. Hi Faizal Rahmat.... Saya berharap Faizal dapat menceritakan lebih jelas dan pelbagaikan versi cerita dan dapat di terjermahkan kepada beberapa bahasa lain seperti bahasa inggeris agar senang dibaca oleh semua bangsa bukan hanya untuk org yang paham bahasa melayu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Salam Faizal... Tahniah atas usaha anda mewujudkan blog ni.. smoga usaha ini diteruskan.. Saya ingin bertanya, pertama, dari mana Faizal dapatkan sumber bagi cerita2 ini...kedua; saya amat berminat dengan kisah radin mas. boleh tak ceritakan apa yg terjadi pada Tengku Chik.. kalau dapat saya nak cuba cari dan tahu sambungan keturunannya... agak penting bagi saya. Amat hargai kalau Faizal dapat hubungi saya. Ni email saya; haziqfariz@hotmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. saya dari kalimantan barat ... sangat berterimakasih kepada pemilik blog ini ... karena memang saya sangat menyenangi cerita-cerita legenda melayu... yang masih menjadi pertanyaan saya tentang Sumpah Orang Minyak ... yang pernah difilmkan oleh P. Ramlee bagian dari legenda melayu... jika iya mohon diposting cerita legenda ini.... thanks

    ReplyDelete
  4. tambahan...anak bentan 7 keturunan yang x boleh melintasi sungai johor...sekarang da habis keturunan ke7 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Sdr Faizal,

    Ribuan terima kasih atas usaha En Faizal. Saya memang menngemari lagenda sejarah Melayu. Kebetulan semalam anak saya bertanya saya mengenai lagenda SMMD.

    ReplyDelete
  6. Ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Faizal kerana mewujudkan blog ini.. Blog ini telah memberi banyak manfaat kepada semua.. Syabas dan semoga berjaya..

    ReplyDelete
  7. mengikut catatan keluarga saya...Laksamana Megat Seri Rama tidak ditanam di kota tinggi..sepertimana kisah mat kilau

    ReplyDelete
    Replies
    1. megat seri rama memang dikuburkan di kota tinggi. saya keturunan ke sembilannya & salah seorang keturunan ketujuh cuba utk ke makam baginda. tp belum lg pijak tanah di makam tu, beliau dah muntah darah.

      Delete
    2. awk da pernah prgi ke kota tinggi tak?? muntah darah x?? saya juga keturunan bentan takot nak ke kota tinggi

      Delete
    3. macamana ada keturunan bentan sedangkn dang anum meninggal dgn anak sekali dan bentan pun meninggal pada hari yg sama SMMD

      Delete
    4. Sebenarnya isteri saya juga berketuran dengan Laksamana. Sebenarnya ada adik beradik laksamana yang berpindah ke Kota Tinggi dari Bentan. Masa sekolah dulu ada sepupunya pensan & muntah2 ketika rombongan sekolah hendak melawat makam sultan

      Delete
    5. keturunan bentan 2 maksud dia orang2 bentan...bkn keturunan laksamana

      Delete
    6. Sya suka sejarah takperah dilupakan sampai sekarang sya ceritakan pd anak2 dan cucu sya......

      Delete
  8. pewaris kesultanan Kota Taohid(Kota Tinggi) masih ada lagi,
    tidak ada seorang pun yang berjaya mengambil harta peninggalan kesultanan mahmud atau malaka...

    ReplyDelete
  9. Terima Kasih atas penceritaa ini :) saya adalah keturunan Laksamana Bentan dan sumpahan itu berkemungkinan benar sehingga keturnan ke7. Dulu, selepas ibu saya dan adik beradiknya pulang dari melawat makam Sultan Mahmud mereka semua kena demam panas dan muntah muntah.

    ReplyDelete
  10. rasanya, mengikut pendapat saya. kes Sultan Mahmud ini adalah hasil konspirasi dari Bendahara Tun Habib Jamil. Selepas mangkat SUltan Mahmud ini, Bendahara Tun Habib diangkat menjadi Sultan Johor. Sedia maklum, sifat Sultan yg muda ini amat ganas lakunya. Malah diceritakan dan direkodkan dalam sejarah, Sultan muda ini mempunyai isteri dari 'jin'? Malah sesuka hatinya menembak rakyatnya sendiri yg kebetulan lalu berhampiran istananya dgn pistol musket pemberian pedagang Inggeris dihadapan pedagang tersebut dgn alasan untuk mencuba. Kisah yg popular disini, Megat Seri Rama marah kerana isterinya dibunuh dgn arahan Sultan tersebut kerana hendak melihat adakah benar, janinnya itu makan nangka dan diceritakan, janinnya dikeluarkan cukup sifat dan sedang menyuap sisa nangka (adakah pelik cerita ini, bukankah janin makan dan bernafas melalui pusat dalam perut ibu?). Tetapi ada cerita kedua, kononnya salah seorang mangsa ujian tembakan pistol oleh Sultan muda tersebut ialah isteri Megat Seri Rama yg kebetulan lalu disitu. Wallahua'am. Jadi disini, pendapat saya, Bendahara yg memendam rasa dgn sifat aneh dan ganas Sultannya tetapi tak mampu menentang kerana khuatir dikatakan penderhaka atau mengupah orang membunuhnya dan pasti tindakan tersebut diketahui orang jika gagal dilaksanakan. PAstinya Bendahara tu mendapat jalan selepas kematian Wan Anum. Kematian Wan Anum yang tidak dirancang menjadi pencetus. Kemungkinan Bendahara berpakat dgn anak saudaranya yg setia iaitu Tun Aman supaya Tun Aman menyebarkan berita palsu secara senyap kononnya Wan Anum dibunuh Sultan kerana makan nangka. Malah ditoreh perutnya. Berita itu bergerak dari mulut ke mulut sshingalah pulang Megat Seri Rama dari operasi menentang lanun di lautan. PAstilah tanpa sengaja, berita itu terdengar oleh di Megat. Tun Aman datang mengiyakan sahaja ceritanya itu sebagaimana dikhabarkan oleh Bendahara. Bagi menutup mulut Tun Aman selepas Megat terbunuh, pasti Tun Aman pula dibunuh oleh Bendahara kononnya ia berpakat dgn Megat menderhaka Sultan supaya konspirasi Bendahara tidak diketahui orang. Wallahua'lam bissawaab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg awak rasa saya pun rasa..Sultan telah difitnah..saya tak rasa sultan seorang yg ganas..ni mungkin juga konspirasi org yg nk kan kuasa..Allah Maha Mengetahui..

      Delete
  11. Menurut Kitab Tuhfat An Nafis ( Precious Jewels) yg ada menyebut salsilat kisah Sultan Mahmud Syah II dan Laksamana Bentan ini, mmg menyebut baginda sultan yg zalim dan tidak bertimbang rasa. Baginda ditabal menjadi Sultan pada umur yg amat muda dan ketika cerita ini berlaku, baginda baru saja berusia 21 tahun! Ayahanda baginda Sultan Ibrahim, di gelar juga Raja Bujang mangkat waktu baginda masih kecil.

    Mungkin dakwaan wan anum mengatakan anaknya yg ingin makan nangka itu dan apabila dibelah perutnya, mmg betul anaknya sedang memamkan nangka mungkin itu kuasa Allah Yang Maha Besar hrndaknya menunjukkan akibat penganiayaan terhadap wanita mengandung. Bukan,kah ibu yg mengandung itu dalam pandangan Islam adalah SYAHID?

    Lagi satu, ini hanyalah kisah rakyat, dongeng. jadi jangan sampai terpesong akidah. Harap semua pembaca sedia maklum

    ReplyDelete
  12. sy keturunan k7 sultan mahmud mangkat dijulang .

    ReplyDelete
  13. saya keturunan Bentan Takot nak ke kota tinggi betol ke g sane leh muntah darah ?? :(

    ReplyDelete
  14. Sempat melawat makam SMMD semalam di Kota Tinggi....

    ReplyDelete
  15. Hari ni berpeluang melawat kedua2 makam pahlawan ni..seperti terpanggil2 untuk mengetahuinya..

    ReplyDelete
  16. Cerita-cerita yang dikarang oleh penulis penulis sejarah boleh menimbulkan banyak kebencian... jika ia fitnah...maka tanggungan berat di akhirat kelak...kita yang masih hidup jangan melatah dan menghukum dgn berpandukan tulisan tulisan sejarah....kita baca sebagai pengetahuan dan tak perlu condem sesiapa.. syabas kepada yangp reply di sini yang tidak melatah terutama waris almarhum Panglima Megat Seri Rama dan kerabat Almarhum Sultan Mahmud Shah 11....mereka telah mengadap Allah dan sedang diadili...kita doakan mereka ke syurga...amin.....allahuaklam

    ReplyDelete
  17. mak saya adl keturunan yg ke 7, sepupunya 2 orang langsung tewas disana tak smpe 3 hari..trasa ada ular di perut mereka, jikalau lah kami mengakui anak laksamana dalam istana, dan dalam keadaan sehat wal'afiat..adakah kami ini musuh ? atau saudara...?? pingin kesana

    ReplyDelete
  18. mak saya adl keturunan yg ke 7, sepupunya 2 orang langsung tewas disana tak smpe 3 hari..trasa ada ular di perut mereka, jikalau lah kami mengakui anak laksamana dalam istana, dan dalam keadaan sehat wal'afiat..adakah kami ini musuh ? atau saudara...?? pingin kesana

    ReplyDelete
  19. Tidak semestinya fakta ini betul..kerna sifat org2 yg tidak bertanggungjwab..ramai menyatakan keburukan sultan mahmud ii ni..tetapi jika difikirkn balik bagaimana seorg yg jahat mati dibunuh ketika hendak menunaikan solat jumaat..juga sultan mahmud ii ni org yg punyai karamah dan wasilah yg tggi..ada rahsia dibalik rahsia..dan juga sejarah yg diputar..

    ReplyDelete
  20. Salam dari Kepulauan Riau... saya juga ada buat tulisan tentang kisah ini... sila baca di http://keprikita.blogspot.co.id/2016/03/kisah-sultan-mahmud-mangkat-di-julang.html

    ReplyDelete
  21. sumpahan dah berakhir.... ketika banjir besar berlaku di kota tinggi .. masihkah ingat lagi banjir besar tersebut ...
    yg memahami tersirat dan tersurat cerita ini mesti mengetahui jua hal Tauhid yg ESA. sejahtera jua buat kalian yg membaca.

    ReplyDelete
  22. sultan mahmud mangkat di julang sebenarnya mempunyai waris yang dirahsiakan. sebab dirahsiakan adalah baginda sultan mahmud shah terkalu zalim dan tiada mana2 kerabat lainnya mahu keturunan baginda memerintah selepasnya. warisnya memerintah siak, bernama sultan abdul jalillul rahmat atau dikenali dgn gelaran raja kecik. keturunan baginda masih ada sehingga kini di tanah melayu sumatera dan borneo.

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dengan pendapat saudara. Menurut firasat saya baginda seorang yang alim.

    ReplyDelete
  24. Allahlah yang lebih mengetahui akan kebenarannya.

    Kita generasi baru yang telah jauh dan tidak tahu dengan jelas tidak seharusnya menokok tambah atau menjadi hakim terhadap sesiapa.

    Apa yang saya faham,raja raja dahulu khususnya yang berketurunan raja melaka kebannyakannya memang orang baik baik dan berdaulat.

    Salasilah para habib kebanyakannya adalah daripada keturunan Rasulullah.

    Tun habib atau habab juga mungkin salah seorang daripada mereka.

    Saya juga pernah berkunjung ke suatu makam di johor,di sana terdapat beberapa makam para habib yang merupakan bekas mufti johor suatu ketika dahulu.

    Dikatakan bahawa bendahara Tun Habab dan Temenggunglah orang yang bertanggungjawab menjaga dan membantu sultan mahmud memerintah kerana usia sultan yang sangat muda.
    Secara logiknya orang orang baik tidak mungkin akan membela apatah lagi bersekongkol menyokong sultan kalau baginda bersikap buruk seperti yang ceritakan.

    Jika kita rujuk kisah kisah pahlawan dan para pejuang melayu dulu seperti tok kenali,abdul rahman limbong,tokku paloh dan lain lain,kebanyakan mereka adalah berketurunan rasulullah dan sangat soleh.tetapi sejarah mengatakan bahawa mereka adalah orang orang yang buruk akhlak,pengganas dan penentang kebenaran.

    Banyak lagi fakta sejarah yangvtelah diselindung dan diselewengkan oleh pihak yang gila kuasa dan tidak bertanggungjawab.

    Satu lagi faktanya yang mengeliruka,dicurigakan dan membuat kita tertanya tanya,
    Apakah Allah akan merestui sumpahan sorang sultan yang ganas,bengis zalim dan berperibadi buruk.

    Sumpahan rasa pening,demam atau muntah darah itu dikatakan masih berlaku sehngga kini.wallahu a'alam.

    Sultan juga ada bersumpah "kalau beta raja berdaulat" raja zalim tentu saja
    tiada daulat sehingga menyebebkan sumpahan baginda dikabulkan Tuhan.

    Baginda juga wafat dalam perjalanan untuk menunaikan solat jumaat, juga merupakan suatu petunjuk bahawa baginda masih seorang muslim dan masih bersolat.

    Satu perkara lagi,
    Apakah sultan akan bersumpah tentang keturunan Bentan kalau baginda telah tahu bahawa isteri dan anaknya telah pun mati.disini ada kekeliruan dan fakta yang mungkin diubah dan dipesongkan.wallahu a'alam

    Apa pun kebenarannya,bersangka baik itu
    tetap lebih baik daripada kita mengatakan sesuat nyang buruk tentang orang lain.

    Semoga peristiwa hitam ini akan menjadi pengajaran berharga untuk kita semua.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  25. Allahlah yang lebih mengetahui akan kebenarannya.

    Kita generasi baru yang telah jauh dan tidak tahu dengan jelas tidak seharusnya menokok tambah atau menjadi hakim terhadap sesiapa.

    Apa yang saya faham,raja raja dahulu khususnya yang berketurunan raja melaka kebannyakannya memang orang baik baik dan berdaulat.

    Salasilah para habib kebanyakannya adalah daripada keturunan Rasulullah.

    Tun habib atau habab juga mungkin salah seorang daripada mereka.

    Saya juga pernah berkunjung ke suatu makam di johor,di sana terdapat beberapa makam para habib yang merupakan bekas mufti johor suatu ketika dahulu.

    Dikatakan bahawa bendahara Tun Habab dan Temenggunglah orang yang bertanggungjawab menjaga dan membantu sultan mahmud memerintah kerana usia sultan yang sangat muda.
    Secara logiknya orang orang baik tidak mungkin akan membela apatah lagi bersekongkol menyokong sultan kalau baginda bersikap buruk seperti yang ceritakan.

    Jika kita rujuk kisah kisah pahlawan dan para pejuang melayu dulu seperti tok kenali,abdul rahman limbong,tokku paloh dan lain lain,kebanyakan mereka adalah berketurunan rasulullah dan sangat soleh.tetapi sejarah mengatakan bahawa mereka adalah orang orang yang buruk akhlak,pengganas dan penentang kebenaran.

    Banyak lagi fakta sejarah yangvtelah diselindung dan diselewengkan oleh pihak yang gila kuasa dan tidak bertanggungjawab.

    Satu lagi faktanya yang mengeliruka,dicurigakan dan membuat kita tertanya tanya,
    Apakah Allah akan merestui sumpahan sorang sultan yang ganas,bengis zalim dan berperibadi buruk.

    Sumpahan rasa pening,demam atau muntah darah itu dikatakan masih berlaku sehngga kini.wallahu a'alam.

    Sultan juga ada bersumpah "kalau beta raja berdaulat" raja zalim tentu saja
    tiada daulat sehingga menyebebkan sumpahan baginda dikabulkan Tuhan.

    Baginda juga wafat dalam perjalanan untuk menunaikan solat jumaat, juga merupakan suatu petunjuk bahawa baginda masih seorang muslim dan masih bersolat.

    Satu perkara lagi,
    Apakah sultan akan bersumpah tentang keturunan Bentan kalau baginda telah tahu bahawa isteri dan anaknya telah pun mati.disini ada kekeliruan dan fakta yang mungkin diubah dan dipesongkan.wallahu a'alam

    Apa pun kebenarannya,bersangka baik itu
    tetap lebih baik daripada kita mengatakan sesuat nyang buruk tentang orang lain.

    Semoga peristiwa hitam ini akan menjadi pengajaran berharga untuk kita semua.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  26. kenapa tk lengkap eh cerita ni?

    ReplyDelete
  27. walaupun bukan lg zaman blog. Tp aku nk bgtahu pendapat aku juga. Bukan semua kitab karangan melayu itu benar, malah banyak yang dongeng. Termaasuk la kisah Sultan Mahmud mangkat di julang. Aku rasa almarhum sultan di fitnah, lepas tu Laksamana bentan tanpa usul periksa mengamuk. Bagi aku antara dua jer, samada bendahara atau tun seri bija yang komplot bunuh sbb bendahara nak naik takhta dan tun seri bija gilakan dang anum.

    cerita2 mengisahkan sultan mahmud gila, peliwat dan murtad amat menjijikkan.

    ReplyDelete
  28. sejarah sultan2 negeri johor yg sebenar berada Di Myanmar sila lawat negeri johor 2nd Di negara myanmar selatan Di situ ade negeri yg bernama pulau johor Di situ la bnyk kisah2 negeri johor malaysia yg tertulis dlm bahasa jawi kat batu bersurat dan kisah SMMD dan masjid SMMD.. tetapi di rahsia kan Oleh negara m.sia kalau nak tau Lebih lanjut pergi lah lawat negara tu belah selatan disitu smua bangsa melayu dn guna bahasa melayu.. saya dpt tahu sbb Dulu arwah ayah saya seorg nelayan dan dia ada Partner sekerja dia di negeri johor 2nd Di situ berbangsa melayu johor tapi rakyat myanmar

    ReplyDelete
  29. sapa puji sultan mahmud mangkat dijulang itu baik mmg bodoh x cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya me-reply pendapat di atas bertarikh April 22, 2020.

      Kalau kamu berpendapat Sultan Mahmud itu berperibadi tidak baik, apakah hujah kamu?? Apakah hujah yang mengatakan Sultan itu zalim dan apa bukti yang menunjukkan sultan telah membunuh Dang Anum??

      Delete