Monday, June 14, 2010

Puteri Gunung Ledang

Gunung Ledang, Muar, Johor
~Bahagian 1~

Setiap rakyat Malaysia pada hari ini, boleh dikatakan mengetahui akan lagenda yang satu ini, Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang, sebuah gunung yang terletak di sempadan daerah Muar, Johor dan Melaka dan kini menjadi lokasi terkenal sebagai destinasi pelancongan. Namun lagenda mengenai seorang puteri yang cantik jelita yang menjaga gunung tersebut, yang sehingga kini dipercayai masih mendiaminya terus menyelubungi gunung tersebut.

Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang kelapan pada ketika itu baru sahaja kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja Ahmad yang masih kecil. Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan. Tetapi hatinya masih sunyi terasa seakan Istana Mahligai yang didiaminya itu terlalu kosong dan tidak berpenghuni. Keadaan ini membuatkan baginda sudah berberapa hari tidak menjengah Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.

Namun apa yang berlaku pada suatu malam merubah segalanya apabila baginda bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik masyuk dengan baginda. Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari mimpinya. Menjelang matahari memancar di ufuk timur, segera baginda menitahkan agar dipanggil nujum istana dan lalu ditanyakan, siapakan perempuan tersebut yang muncul didalam mimpinya itu. Lalu dari telus tilikan sang nujum, lalu dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun yang lalu. Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, baharulah baginda tahu yang puteri itu terlalu cantik orangnya.

Titah baginda menggemparkan istana, Sultan Mahmud berkehendakkan puteri itu dan dijadikan Permaisuri. Titah itu seakan mustahil tetapi titah tetaplah titah, yang juga mustahil untuk dibantah. Puteri Gunung Ledang akan dilamar dan akan menjadi Permaisuri Melaka. Jika benar puteri itu menerima pinangan baginda, bertambah gahlah Kerajaan Melaka, yang sultannya beristerikan seorang puteri dari kayangan. Maka, sebuah rombongan peminangan diadakan, diketuai oleh Laksamana Hang Tuah sendiri yang pada ketika itu telah pun tua, diiringi oleh Sang Setia serta ketua orang Inderagiri bernama Tun Mamat, yang dikatakan mahir dengan selok-belok didalam hutan. Segala hantaran peminangan disiapkan untuk dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, dengan harapan puteri itu bakal menerima pinangan baginda.
Maka menjelang subuh sesudah rombongan tersebut mengerjakan solat di Masjid Istana, mereka berangkat menuju ke arah selatan, dimana Gunung Ledang dikatakan terletak. Setelah berberapa hari berjalan kaki meredah hutan, rombongan itu yang dianggotai oleh Laksamana Hang Tuah, Sang Setia, Tun Mamat dan berberapa orang pengiring kini dapat merasakan perubahan cuaca disekeliling mereka. Udara dirasakan semakin sejuk dan dingin dan tahulah oleh mereka yang kini mereka sedang menaiki gunung tersebut.
Mungkin para pengiring yang lain masih gagah untuk meneruskan perjalanan ini untuk bernerapa hari lagi, tetapi ini menjadi tugas yang agak sukar bagi Hang Tuah. Hang Tuah ini bukanlah lagi Hang Tuah yang dulu terkenal dengan kegagahannya, menumpaskan Hang Jebat yan derhaka. Membinasakan pahlawan Jawa, Taming Sari dan membolot kerisnya yang kini tersisip di pinggangnya. Hang Tuah ini telah pun dimakan masa, yang kini berada diambang senja. Terlalu penat dan lemah untuk terus mendaki gunung yang gagah dan angkuh ini.
Dan keadaannya ini disedari oleh Tun Mamat. Risau benar dia melihat keadaan Laksamana tua itu yang kelihatan teramat lelah dan tercungap-cungap. Akhirnya, pada suatu tempat perhentian di pertengahan jalan ke puncak gunung, Tun Mamat mengusulkan biarlah dia sahaja dan pengiring yang lain meneruskan perjalanan. Sementara Sang Setia akan menemani Laksamana di pertengahan jalan. Tapi, ini terlalu sukar bagi Laksamana ini untuk menerima usul dari Tun Mamat itu. Diakan Laksamana, selama ini mana pernah titah dan tugas dari Baginda Sultan gagal disempurnakan? Dia adalah Hang Tuah, pahlawan teragung Kerajaan Melaka. Tapi...kini, keadaan dirinya benar-benar menyedarkan dia sebenarnya hanyalah manusia biasa yang punya kudrat dan fitrah yang terhad.
Dengan berat Laksamana Hang tuah terpaksa mengiakan akan cadangan Tun Mamat itu. Laksamana Hang Tuah yang terkulai lemah di banir sebatang pokok besar , sambil ditemani Sang Setia, memerhatikan dengan rasa kecewa sebaik Tun Mamat dan pengikut-pengikut yang lainnya mula mengorak langkah menuju ke puncak gunung hingga hilang dari pandangan mata. Senja mula menjengah hari. Sudah terasa agak lama berjalan mendaki semenjak meninggalkan Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia. Dan udara bertambah menggigit sejuknya. Namun, Tun Mamat mula menyedari kelainan akan keadaan hutan disekeliling mereka. Mereka tidak lagi dikelilingi oleh pepohon hutan yang besar mahupun akar rotan yang berselirat disana sini, sebaliknya, muncul rimbunan pokok bunga yang pelbagai warna dan rupa. Malah udara yang mereka hirup bukan setakat dingin dan sejuk malah berbau harum pula.
Tun Mamat merasai keanehan itu. Mereka tidak lagi berada disebuah hutan belantara sebaliknya disebuah taman yang terlalu indah. Lagi anehnya, suara merdu nyanyian bersyair dan gurindam mendayu-dayu disana sini. Namun apa yang benar-benar menarik perhatian Tun mamat dan engiringnya adalah apa yang berada nun dihujung taman, berada diatas puncak sebuah bukit kecil. Terdapat sebuah balai kecil yang menjadi pusat kepada taman tersebut dan apa yang menariknya tentang balai itu, ia dibina dari tulang manusia dan berbumbungkan rambut!
Dan kedengaran suara-suara perempuan sedang bergurau senda dari arah itu, lantas membawa langkah Tun Mamat menghampirinya. Apabila telah benar-benar berada diperkarangannya, dapat dilihat seorang perempuan tua bersama berberapa orang perempuan lain sedang duduk bergurau senda. Tapi, sebaik menyedari akan seorang lelaki asing menghampiri balai itu, gurau senda dan bualan mereka terhenti serta merta. Pandangan mata mereka terpaku kepada kehadiran Tun Mamat yang sedang menanti di muka tangga balai tersebut.
Tun Mamat memperkenalkan dirinya sebagai utusan dari Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang membawa titah peminangan dari Baginda untuk Puteri Gunung Ledang. Sebaik mendengar akan kata-kata Tun Mamat itu, lantas perempuan tua itu memperkenalkan diri bahawa, beliau adalah Dang Raya Rani, ketua dayang-dayang istana Puteri Gunung Ledang, dan gadis-gadis lain yang bersamanya adalah dayang-dayang baginda. Setelah akan mendengar hajat Tun Mamat itu, Dang Raya Rani meminta untuk berlalu supaya kehadiran Tun Mamat dapat dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang.
Hinggalah menjelang tengah malam, masih belum muncul Dang Raya Rani itu. Entahkan ya entahkan tidak, mereka itu dayang-dayang Puteri Gunung Ledang, perasaan curiga mula bercambah dihati Tun Mamat dan pengiring-pengiringnya. Tetapi, tiba-tiba, dari celah-celah rimbunan pohon yang membanjiri taman tersebut, muncul seorang nenek tua. Tapi nyata, yang ini, bukanlah Dang Raya Rani yang dilihatnya petang tadi. Sebaliknya nenek tua ini sudah pun bongkok tiga hingga seakan terlipat belakangnya. Dia berjalan menghampiri Tun Mamat yang mula berdiri di tangga balai sebaik menyedari kemunculan nenek tua itu.
Tanpa memberi peluang untuk Tun Mamat memperkenalkan diri, nenek tua itu seraya berkata yang beliau membawa titah dari Puteri Gunung Ledang, yang baginda menerima akan lamaran baginda tapi Baginda Sultan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu
"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda"
Terbeliak mata Tun Mamat mendengar akan syarat-syarat tersebut tetapi dia sebaik mungkin cuba menyembunyikan perasaan itu. Kalau difikir dan diamati, semua syarat itu semuanya mustahil untuk dipenuhi, dan kalau benar pun, ia tentu mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan...
Sepanjang malam selepas nenek tua itu menghilangkan diri, sepatutnya setelah penat seharian mendaki gunung, pastinya mudah untuk melelapkan mata, mencari kembali tenaga sebelum mendaki turun menjelang subuh esok. Tapi tidak bagi Tun Mamat. Pelbagai perkara bermain difikirannya, tentang taman bunga dipuncak gunung, tentang balai tulang itu, tentang Puteri Gunung Ledang dan tentunya tentang syarat-syarat aneh tersebut....
Entahkan bila matanya terlelap, Tun Mamat sendiri tidak sedar. Menjelang matahari mula memancar, Tun Mamat bersama pengiring-pengiring dan barang hantaran yang sepatutnya dipersembahkan kepada Puteri Gunung Ledang, mula mengorak langkah mendaki turun dari puncak gunung. Mereka akan bertemu kembali Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia di tempat dimana mereka ditinggalkan semalam.
Laksamana Hang Tuah menunduk apabila mengenangkan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Tun Mamat. Dalam diam, Laksamana tahu akan maksud yang tersirat disebalik syarat yang dinyatakan oleh Puteri Gunung Ledang. Dan demi itu juga, Laksamana tua itu juga sedar, dia telah gagal. Gagal menjalankan titah Baginda Sultan dan ini tidak bermakna lagi bagi dirinya untuk pulang ke Melaka, menyembah Baginda Sultan. Maka sebaik sahaja rombongan peminangan itu tiba di kaki Gunung Ledang dimana terletaknya sebatang anak sungai, Hang Tuah berpesan kepada Tun Mamat
"Seandainya sungai ini bermuarakan Sungai Melaka, nescaya hamba akan muncul di Melaka, tapi seandainya tidak, nescaya hamba telah pun tiada. Sesungguhnnya khabarkan kepada Baginda Sultan hamba telah gagal menjalankan titah dan berasa amat aib untuk mengadap Baginda"
Setelah menyerahkan Keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Sultan Mahmud, Hang Tuah mencecahkan kakinya ke air sungai tersebut dan meranduk airnya hingga hilang dari pandangan sekelian ahli rombongan tersebut...Semenjak itu tidak lagi didengari sebarang khabar berita dari Laksamana yang banyak jasanya itu.

72 comments:

  1. Good job!!
    Boleh selitkan sekali rekaan² pakaian tradisi yg pnh a bg tunjukkan tuh dulu yer :)

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  2. tahniah la cantik blog ...kembalikan sejarah gunung ledang yang semakin dilupakan oleh anak- anak kita.

    ReplyDelete
  3. tahniah....dapat memperingati semula cerita lagenda yang semakin dilupakan.Dapatlah saya bercrita kepada anak2

    ReplyDelete
  4. tahniah...untuk rekaan blog yang menarik..
    saya dah lama mencari cerita2 lama macam ni..
    terima kasih....

    ReplyDelete
  5. blog yg cantek!! hanye mampu folloe...
    sejarah yg terbaekk...

    ReplyDelete
  6. klaw gunung puteri santubung dan sejinjang x de ke

    ReplyDelete
  7. terbaek lha. .saia suka sngt cerita2 mcm nii. .=)

    ReplyDelete
  8. Putik bunga kembang mekar..batang bunga Ada durinya..jaga2 kata2 boleh tp belum tentu benar bicaranya

    ReplyDelete
  9. Putik bunga kembang mekar..batang bunga Ada durinya..jaga2 kata2 boleh tp belum tentu benar bicaranya

    ReplyDelete
  10. nak thu lar...betul ke hang tuah dengan puteri gunung ledang ni bercinta

    ReplyDelete
  11. hang tuah dah pon tua waktu dia menerima titah dari sultan mahmud dan yg naik ke puncak gunung hanyalah tun mamat....hang tuah terlalu uzur wak tu tuh dan x naik pon ke puncak

    ReplyDelete
  12. This is really nice story...great pembelajaran akan hidup yg menyelintik,tak selamanya permata itu indah ke agunggan dan kekuasaan tak bisa dibandingankan dgn ketulusan hati untuk mengabi dan mencintau

    ReplyDelete
  13. Pak cik rizal kale ade cerite lain saya nak lah lg......pasal saye juga suke denggarkan story macem ni...saye next blok ye pak cik rizal.....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.
    Terimakasih kerana menyimpan dan mengumpul serta berkongsi kisah-kisah lagenda Melayu ini.Saya tertarik dengan ilustrasi grafik pada header background.Adakah lukisan ini daripada model atau imiginasi webmaster sendiri atau 'pengalaman' penulis sendiri.
    Kedua saya ingin memberi pandangan blog ini lebih menarik dan tersusun jika diadakan pages diatas tajuk Puteri Gunung Ledang,Radin Mas dan sebagainya.Sekarang ini kita cuma merujuk kepada blog achieve sahaja.TQ

    ReplyDelete
  15. saya suka cerita2 camni.. nice blog !! love it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  16. gud job..menjadi rujukan assignment sy..thanks!!

    ReplyDelete
  17. nice story..
    Dimanakah keris Taming Sari itu sekarang berada? apakah benar keris tersebut dibuang ke laut? demi menghindari ianya dari digunakan oleh pihak2 tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keris Taming Sari berada dalam simpanan alat kebesaran Sultan Perak. Ia diserahkan oleh Sultan mahmud kepada anakandanya, Sultan Muzaffar Syah 1, Sultan Perak pertama bersama dengan alat kebesaran yang lain seperti Pedang Cura Simanja Kini....

      Delete
    2. Setahu sye keris taming sari telah dicampakan oleh laksamana hang tuah sebelum dirinye ghaib. Kalau keris taming sari tu timbul maka wujub lh kembali hang tuah

      Delete
    3. Ghaibnya Taming Sari seperti ghaibnya Tun Tuah, ujudnya hanya Allah yg tahu.

      Delete
    4. Ghaibnya Taming Sari seperti ghaibnya Tun Tuah, ujudnya hanya Allah yg tahu.

      Delete
  18. Assalamualaikum semua;......
    Kepada Faizal Rahmat saya ucapkan tahniah kerana menghasilkan sesuatu yg terbaik.Yang saya tertarik bagaimana anda boleh mendapatkan lukisan gambar Puteri Gunung Ledang itu dengan memegang Keris Taming Sari dan berlatarbelakangkan istana Puteri Gunung Ledang itu sendiri.Berkenaan Dang Raya Rani itu memang benar dia ada lah ketua dayang dayang dan merupakan pengasuh Puteri Gunung Ledang sejak kecil lagi.Tentu anda juga tahu bahawa Dang Rani tu adalah isteri kepada Hang Jebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. header tu sebenarnya lukisan saya, koleksi lukisan Busana Melayu...tiada kaitan ngan mana2 watak dlm blog ini

      Delete
    2. Adakah saudara tahu ada hamba allah yang kagum dgn kehalusan lukisan saudara.Dan keris tercacak tu adalah Taming Sari sebenarnya.Tentu saudara berhayal dgn imiginasi tetapi kebetulan serupa.

      Delete
    3. silap yer...isteri kepada Hang Jebat bernama Dang Wangi...

      Delete
  19. boleh lawati blog ini - agar diri lebih memahami -

    http://bentaratujuh.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Kepada Bentara Tujuh saya harap padamkanlah percakapan Puteri Sari itu dari anda memesongkan akidah orang islam.Jangan di jaja nama Puteri Sari yang berada di Indonesia itu. Puteri Sari memang ujud tapi yang bercakap tu bukan dia. Harap dapat kerjasama dari pehak tuan.Hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku di masa hadapan. Tiada siapa yang tahu apa yang allah lakukan.

      Delete
    2. Bentara Tujuh penipu...aku cabar kamu beserta dgn cerita Puteri Sari kamu itu.

      Delete
    3. Bentara Tujuh penipu...aku cabar kamu beserta dgn cerita Puteri Sari kamu itu.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. https://www.facebook.com/pg/KesahihahBentaraTujuhdanPnur/posts/

      Delete
  20. http://sejarahhangtuah.wordpress.com/

    ReplyDelete
  21. awak

    betul ke time tu hang tuah tua?

    setahu saya hang tuah yang bercinta dgn puteri gunung ledang namanya anjosmoru

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ..satu usaha yang sangat baik. Dapat saya ceritakan kepada anak anak saya tentang ceritera Melayu. Ingatkan mereka siapa mereka. Good job well done..

    ReplyDelete
  23. Bilakh tarikh puteri di lahirkn. .trime kasih

    ReplyDelete
  24. yang mana 1 ini putri gunung ledang indonesia ke atau malaysia?? atau ada 2 putri gunung lendang indonesia n malaysia ya??...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...
    untuk pengetahuan anda semua, cerita Puteri Gunung Ledang bukan lah berlaku di Gunung Ledang, Muar Johor tetapi ianya berlaku di Sri Lanka..antara Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin, Perdana Menteri Kedah..sebagai tambahan, cerita ini hanya mitos dan dongeng semata-mata :)

    ReplyDelete
  26. KIsah Puteri Gunug Ledang adalah sebahagian sejarah Melaka.
    Kisah ini direkodkan oleh Tun Sri Lanang dalam buku Sulalatus Slatin.
    Buku "Sulalatus Salatin" disusun oleh Tun Sri Lanang berdasarkan buku terdahulu iaitu buku "Hikayat Melayu".

    Hal ini menunjukkan orang Melayu telah lama mempunyai system merekodkan sejarah secara bertulis.

    Tun Sri Lanang berpesan kepada pembaca supaya mengingati kebesaran Allah apabila membaca Sulalatus Salatin.

    Orang Melayu patut membaca dan mengkaji sejarah dalam Sulalatus Salatin.

    ReplyDelete
  27. Lengkap lagenda puteri gunung ledang ni.. Nnti tambah la lgi mitos n lagenda msayarakat melayuu.. Best bcaa.. Thumbs up!

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah... siap jugak buku skrap tentang cerita rakyat Terimakasih atas bantuan.. :)Tapi kalau nak lebih menarik bagilah contoh gambar syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan

    ReplyDelete
  29. Hang tuah masa tu petengahan umur lh bukan tua. Dan hang tuah dikatakn bercinta dengan puteri gunung ledang. Dh keris taming sari tu telah dicampak oleh hang tuah sebelum dia menghaibkn diri dia..

    ReplyDelete
  30. salam..emmm maaf ganggu...
    saya ni budak sk rendah je..sy minat ngan sjarah2 gini..sy gak minat search benda2 mcm ni..sy terjumpa blog ni dan ape lg sy bukak la n bc..bc 2 3 x br sy fhm..tp sy keliru balik bila bc komen abg2 kakak2 ni..so jgn igt sy menyebok ke ape..tp x silap sy dang wangi tu bkn ke mk kpd hang tuah?pastu ade yg ckp keris taming sari tu hang tuah cmpk kt laut ..ade jgk yg ckp disimpan buat kenangan..mana satu sebenarnye ehh??dAn mcm2 lah sy bc sumber2 dr blog nk hilangkan rasa ingin tahu ni..tp sy kan budak2 so terhalang la jugak nk cari smpai ke lubang cacing ni..akhirnya sy buat keputusan tnye ajelah..sape2 nk jwb boleh la ...tq.nice blogg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...
      Jika adik benar-benar ingin tahu tentang Hang Tuah dan Taming Sari nya, mohonlah kehadrat Ilahi. Buat solat hajat, mohon lah dengan hati yg tenang, Insyaallah akan ketemu jawapannya. Belajarlah Ilmu Mentauhidkan Allah, baru berkesan segala amalan.

      Delete
    2. Assalamualaikum...
      Jika adik benar-benar ingin tahu tentang Hang Tuah dan Taming Sari nya, mohonlah kehadrat Ilahi. Buat solat hajat, mohon lah dengan hati yg tenang, Insyaallah akan ketemu jawapannya. Belajarlah Ilmu Mentauhidkan Allah, baru berkesan segala amalan.

      Delete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. salam..,maaf mencelah..tapi saya nak tanya sejauh mana kesahihan cerita tuan ini yaa..

    ReplyDelete
  33. Assalam.. cerita tergantung...ape yg jadi pada puteri gunung ledang.. dan adakah benar cinta antara gunung ledang dan..hang tuah...
    Omg.. plis✍����habis cerita pliss...... ������ Rasa ...macam takk puas baca..bila..crita tak hbis..tergantungggg...

    ReplyDelete
  34. Assalam.. cerita tergantung...ape yg jadi pada puteri gunung ledang.. dan adakah benar cinta antara gunung ledang dan..hang tuah...
    Omg.. plis✍����habis cerita pliss...... ������ Rasa ...macam takk puas baca..bila..crita tak hbis..tergantungggg...

    ReplyDelete
  35. Nama Puteri Gunung Ledang yang sebenar adalah Riangga. Apa yang ditulis oleh penulis di atas, tidak benar sama sekali. Puteri Gunung Ledang penari dari Majapahit. Dia dirogol oleh pembesar Majapahit lalu lari ke Malaya dengan 2 anak hasil rogolnya. Dia berdoa kepada Allah untuk hidup di alam bunian. Allah perkenankan. Dia hidup sampai sekarang dengan kedua-dua anaknya yang pandai menari sama macam dia. Hang Tuah bukan seperti yang disangka orang. Keris Taming sari ada penginap, namanya Taming Sari, jin kofir dalam keris tu. Cerita ini adalah atas nama Allah swt. Banyak sejarah kita yang telah diputarbelit. Puteri Sari, Raja segala raja-raja bunian yang berkongsi kisah ini. Raja ini juga turut bermuzakarah dengan ulama darussyifa' Bangi dan ustaz JAKIM. Admin jangan remove komen saya nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tak habes2 dgn cerita ko tu... hey manusia, cukup2 lah pasal puteri Sari ko tu.. Nur tu berdamping dgn jin ifrit sbb tu kepala dia berat... kamu pikir kamu sorang saja yg memiliki anugerah... klau dilihat jasadnya Nur tu di alam batin sudah berulat dan buruk... kamu kata sari itu adalah bunian tapi mengapa mukanya hodoh dan baunya busuk...
      Kamu jgn nak menidakkan pendapat dan kata2 org lain... apabila aku berhujah begini kau kata aku cemburu iri hati... sekeliling Nur itu bnyak khadam2 yg menjaganya... kamu belum bertemu buku dgn ruas... silap2 haribulan jatuh tersungkur Nur itu... sedarlah diri itu wahai manusia...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. https://www.facebook.com/pg/KesahihahBentaraTujuhdanPnur/posts/

      Delete
  36. X berapa faham dengan cerita ni tapi komen yg atas nih maybe btol pelik sgat dgn mcm2 jenis cerita kita baca

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum
    Pasal Hang Tuah terjun ke sungei mane mungkin timbul di melaka sedangkan ia nye mengalir ke muar

    ReplyDelete
  38. Kenapa cerita lagenda lebih populer dari kisah benar,disebalik kisah lagenda ni ada kisah yg benar,terlalu banyak fantasi dri kisah realiti,untuk mghiburkan ank2 diselit kisah benar ke kisah fantasi,seperti superman blh terbang kemana dia suka,mungkin cerita fantasi lebih mnarik dari kisah benar,puteri gunung ledang mmg wujud seorang manusia sama macam kita,kita makan nasi dia makan nasi,bkan kita makan nasi dia makan besi,puteri gunung ledang bukan jin,puteri gunung ledang bernama raden puteri mas nyawa seorang islam dan seorang puteri raja dari demak bintoro yg rajin berlajar ilmu agama di pulau besar melaka,berguru dngan sultan ariffin sayyid ismail,1 guru dng hang tuah iaitu sayyid thanaudin atau adi putra,bersuami sultan demak 2,sultan pati unus atau lbih dikenali pageran seberang lor yg syahid di melaka kerana berperang dng portugis,itu yg sya tahu kisah ni diakui sdiri ahli pngkaji sejarah di indonesia,hikayat melayu terlalu bnyk berfantasi,contoh kita ada sang kelembai bila dia sumpah maka jadi batu yg disumpah,kita ada badang yg kuat seperti the hulk,kita ada bnyak kisah2 lagenda mgenai seorang individu yg hebat,tapi bila pnjajah dtg kita tetap dijajah shingga beratus ratus tahun kmana pergi org2 yg hebat sperti dlm hikayat,pnjajah hnya pkai snjata api dn pdang kita ada manusia yg kebal tikam xmati tmbak xmati tpi ttap dijajah bratus ratus tahun,kita adalah bangsa yg hebat tpi disbalik khebatan kita banyak pembelot agama dan bngsa,Cuba cari wasiat raja haji,itu kisah benar tiada fantasi2,hanya pandangan sya shaja.

    ReplyDelete
  39. bagusnya ceritani lebih baik untuk generasi akan datang

    ReplyDelete
  40. Seminggu yang lalu saya ritual di gunung ledang.

    ReplyDelete
  41. Hang Tuah ialah pahlawan yang terbaik sekali

    ReplyDelete
  42. kisah yang menarik πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete