Tuesday, June 15, 2010

Puteri Gunung Ledang

~Bahagian 2~
Diatas takhta singgahsana Kerajaan Melaka, Sultan Mahmud Syah tersenyum girang apabila menerima kepulangan rombongan peminangan setelah berberapa hari meredah hutan di Gunung Ledang demi menyampaikan hasrat peminangan untuk Puteri Gunung Ledang. Namun apabila mendengarkan sembah dari Tun Mamat tentang syarat-syarat peminangan yang diletakkan oleh Puteri Gunung Ledang sebagai hantaran perkahwinan, Baginda Sultan terdiam sebentar. Didalam benaknya, Baginda berfikir. Melaka sebuah kerajaan yang gagah. Jajahan takluknya menjangkaui hingga seberang Selat Melaka dan sempadan Kerajaan Siam. Luasnya tak terkata dan dipenuhi pula oleh orang cerdik pandai. Dikunjungi pedagang segenap pelusuk dunia dan tak kurang juga pahlawan yang gagah perkasa. Kenapa perlu risaukan tentang tujuh syarat peminangan ini? Berapa banyak raja-raja dan pahlawan-pahlawan tunduk kepada Melaka, inikan pula hanya seorang perempuan?
Pecah khabar diseluruh Kerajaan Melaka yang Sultan Mahmud memerintahkan sekelian hamba rakyat berhempas pula membina jambatan emas dan jambatan perak yang menyambungkan Istana Mahligai dan Gunung Ledang. Seluruh gedung perbendaharaan dikosongkan, seluruh isinya, emas dan perak dilebur untuk digunakan untuk membina kedua-dua jambatan tersebut. Tidak cukup dengan itu, cukai dinaikkan dan hamba rakyat dikerah untuk menyerahkan segala emas dan perak milik mereka. Selain dari itu, para gadis dikerah berkurung didalam kawasan istana dan dipaksa menangis, untuk memenuhi tujuh tempayan antara syarat hantaran tersebut. Sementelah itu sebahagian rakyat dikerah pula untuk mendapatkan buah-buah pinang muda untuk di dapatkan airnya walhal semua orang tahu, pinang muda tidak berair.
Rungutan dan pemberontakan berlaku dimana-mana demi menentang akan penganiayaan yang berlaku, namun, jika dibandingkan dengan pahlawan-pahlawan baginda Sultan, siapalah mereka, hamba rakyat biasa. Meraka hanyalah terdiri dari petani dan pesawah, nelayan dan peniaga-peniaga biasa yang hanya tahu serba sedikit ilmu mempertahankan diri. Tapi pahlawan-pahlawan baginda Sultan berilmu tinggi, gagah perkasa dan kebal pula, masakan tidak, takkanlah sebegitu besar kuasa dan jajahan takluk Kerajaan Melaka?
Mahu atau pun tidak mereka tidak punya pilihan melainkan menurut dan jalankan sahaja titah Baginda Sultan untuk menyempurnakan semua syarat hantaran perkahwinan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang. Hendak jadi berani biarlah bertempat, jika tidak buruk padahnya!
Setahun sudah berlalu dan Sultan Mahmud Syah menjadi semakin berahi dan tidak sabar menantikan lengkapnya sekelian hantaran-hantaran perkahwinan tersebut. Tambahan pula saban malam, Puteri itu muncul didalam mimpinya memanggil-manggil dan membelai Baginda Sultan, memujuk rayu seakan Puteri itu juga seperti Baginda, tidak sabar-sabar untuk bersama Baginda.
Pada suatu hari, Baginda yang sudah tidak sabar-sabar lagi mengunjungi gedung perbendaharaan tempat dimana disimpan segala hantaran yang telah siap. Tersenyum puas baginda melihatkan segalanya hampir sempurna. Berbaloi benar penantian selama lebih setahun ini dan apa yang diimpikan hampir menjadi kenyataan. Dan jambatan emas dan perak berkilauan dipanah cahaya matahari, melingkari bukit dan lembah yang dibina menyambungkan Istana Mahligai dan puncak Gunung Ledang.
Segalanya cukup sempurna tapi....apakan bekas yang masih kosong itu? Soalan itu diajukan Sultan kepada Bendahara. Dan bekas yang kosong itulah sepatutnya dipenuhi syarat hantaran perkahwinan yang terakhir-darah dari zuriatnya sendiri, Raja Ahmad. Pewaris takhta yang tunggal tapi kini....akan menjadi sebahagian dari syarat perkahwinan baginda? Berbaloikah?
Kasih anak yang selama ini ditatang dan dibelai, bakal ditukar ganti dengan kasih seorang perempuan yang selama ini hanya muncul didalam mimpinya?
Ahh.....! Semua yang diusahakan ini takkan lagi menjadi sia-sia! Alang-alang berdakwat, biar sampai hitam, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apa yang dah dimulakan, beta akan sudahkan! Puteri Gunung Ledang tetap akan menjadi milik beta! Itulah yang terus mengasak fikiran baginda. Sekali ini baginda nekad....
Menjelang malam, Baginda Sultan Mahmud Syah menyusup masuk ke kamar peraduan anaknya itu, Raja Ahmad. Apabila dihampiri tempat peraduan tersebut dan dilihat oleh baginda akan wajah Raja Ahmad, hati baginda berubah menjadi sayu. Wajah Almarhumah Permaisuri Tun Kecil jelas terbayang....dan sudahnya baginda meninggalkan kamar tersebut.
Pada malam yang kedua, baginda Sultan sekali lagi menyusup masuk ke kamar peraduan Raja Ahmad, dan kali ini keris sudah terhunus di tangannya tapi entah mengapa, sebaik terpandang wajah kecil itu yang sedang tidur lena dan dadanya yang turun naik, baginda terduduk dibirai katil. Keris yang sepatutnya dibenamkan ke dada kecil itu diletakkan ditepi, sebaliknya tangannya mengulas pipi kecil yang mulus itu...dan sekali lagi Baginda berjalan meninggalkan kamar peraduan itu, sambil Raja Ahmad masih sedang lena dibuai mimpi.
Malam ketiga, baginda membulatkan tekad. Malah sebelum dari memasuki kamar peraduan Raja Ahmad lagi, baginda telah mempersiapkan diri dengan keris terhunus ditangan, sementara mangkuk yang bakal dipenuhi dengan darah raja yang masih kecil itu siap tergenggam ditangan kiri. Rancangannya baginda akan terus masuk ke kamar tersebut dan terus membenamkan mata keris tersebut didada kanak-kanak itu. Namun bukan itu yang terjadi! Hanya berberapa inci lagi mata keris itu bakal menyentuhi dada Raja Ahmad, entah dari mana angin yang maha kencang menyerbu masuk ke kamar itu, berpusar-pusar dan bergulung-gulung dihadapan baginda. Baginda Sultan Mahmud terkesima dan terpaku. Dari dalam deruan angin yang kencang itu muncul sesusuk tubuh yang amat dikenalinya...Puteri Gunung Ledang sedang berdiri dihadapannya!
Puteri itu amat murka dan kecewa dengan perilaku Sultan Mahmud. Demi kerana nafsu, baginda menukarkan wajah Kerajaan Melaka yang selama ini dikenali sebagai sebuah kerajaan yang diagungkan dan disegani diseluruh dunia, bertukar, menjadi sebuah kerajaan yang menakutkan dan menggerunkan! Dan kerana gilakan seorang perempuan yang belum tentu budi dan kasihnya, baginda sanggup mengorbankan darah daging sendiri, satu-satunya bakal penyambung zuriat dan keturunan baginda. Dan Puteri Gunung Ledang juga membongkar rahsia disebalik syarat-syarat hantaran perkahwinan. Tidak lain tidak bukan, syarat itu tidak lebih dari kata-kata penolakan secara halus dari Puteri itu.
Seakan satu tirai hitam yang mengaburi pandangan mata baginda hilang sebaliknya baginda seakan dapat melihat satu bentuk kekejaman yang amat hebat sedang berlaku dihadapannya, yang dilalukannya olehnya sendiri. Puteri Gunung Ledang benar-benar telah membukakan mata dan hatinya tentang apa yang dilakukan oleh baginda terhadap rakyatnya, malah lebih buruk lagi penganiayaan yang mungkin berlaku ke atas anaknya sendiri Raja Ahmad. Dan disaat itu juga, cahaya matahari pagi yang memancar menyimbahi wajahnya menyedarkan baginda. Lalu dirangkul tubuh anaknya itu, dipeluk dan dicium mesra.
Baginda amat bersyukur yang baginda masih belum terlajak jauh. Dan setelah dari peristiwa itu, Baginda Sultan Mahmud Syah menginsafi akan keterlajuran kerana ketamakan menurut nafsu baginda yang terlalu menggilai Puteri Gunung Ledang, tapi sebaliknya Puteri Gunung Ledang telah menyedarkan baginda untuk lebih menghargai akan apa yang lebih berhak menerima kasih dan sayang dari baginda. Bukannya bayangan cinta seorang wanita yang hadirnya hanya didalam mimpi. Kerajaan Melaka kembali aman dan sentosa, makmur dan terus kekal sebagai sebuah kerajaan agung.
Dan, Gunung Ledang terus kekal megah berdiri, hingga ke hari ini, terus-terusan diselubungi awan berarak dan kabus saban waktu dan hari. Hingga kini cerita dan kisah mengenai seorang puteri yang cantik jelita yang mendiami puncaknya, masih kekal dan pastinya akan terus abadi hingga ke akhir zaman....

20 comments:

  1. sgt berminat dengan cerita puteri gunung ledang..terlalu byk variasi cerita puteri gunung ledang...dan filem puteri gunung ledang membuat tertanya-tanya...apakah sebenarnya semua cerita yg tlah terjadi...

    ReplyDelete
  2. memang menarik

    saya tinggal dekat tangkak dan rumah sy berdekatan dgn gunung ledang

    saya tahu serba sedikit mengenainya dari penduduk sini

    memang banyak sosok cerita spekulasi yang kata hang tuah tua dan ada kata hang tuah merupakan kekasih puteri

    dan nama dia ratu anjosmoru (puteri gunung ledang)

    terpulang pada sesiapa yg nak percaya versi hang tuah tua atau hang tuah kekasih anjosmoru

    =)



    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tnya di gunung ledang .

      selain puteri gunung ledang ade ke kisah 3 puteri disna ,
      pnah dgar ade kisah 3 puteri bunian dsana

      Delete
  3. Salam..menarik cerita tuan ni..cuma saya keliru dgn nama sebenar puteri gunung ledang ni..
    atuk saya berketurunan Jawa yang aslinya keturunan Jawa dari Mataram..dia menceritakan yang puteri gunung ledang ini adalah Puteri Jawa dari keturunan kerajaan Majapahit, atuk saya ada cakap nama sebelum Islamnya (saya dah lupa), tapi berlainan dari nama yg tuan paparkan disini..dan sayang nama selepas Islamnya saya sudah lupa juga..hehe~
    benar seperti kata orang yg tahu keadaannya, tuan puteri ini tidak berkemban, malah pakaiannya memang sopan..
    Kata atuk saya, puteri gunung ledang ini juga mempunyai adik beradik, & saya serta saudara2 sebelah atuk saya adalah keturunan salah satu adik beradiknya (abangnya kalau tak silap).
    Kemudian, puteri gunung ledang sebenarnya bukan tinggal di Gunung Ledang sendiri, tetapi tinggal di Gunung Lundu, berhampiran Gunung Ledang, tetapi Gunung Lundu itu memang didalam gugusan Gunung Ledang itu sendiri. Bentuk gunungnya lebih curam dari gunung2 yang lain, dan benar diatasnya ada taman. Kalau anda perasan, bentuk gunung itu curam, dan nampak macam ada kawasan yang rata di puncaknya...Akan tetapi, puteri gunung ledang itu sememangnya sering ke Gunung Ledang.
    Yang saya tahu, sememangnya Puteri gunung ledang senang dikhabarkan ghaib selepas disumpah oleh Sultan Melaka yang melamarnya supaya kecantikannya tidak dapat dilihat oleh orang lain di alam nyata, maka dia ghaib atas daulat Sultan itu ke alam satu lagi.
    Saya tak pasti beliau masih hidup atau tidak..kalau sudah meninggal pun, mungkin hanya qarinnya yang tinggal yang memang boleh hidup di alam jin. Kita semua memang tahu jin ada yang Islam, dan ada yang kafir.
    Atuk saya pernah menawarkan pada saya untuk menemui puteri gunung ledang, tapi demi ALLAH, saya tak berani sebab ilmu ibadah tak cukup lagi.. :)
    Itu sahaja yang saya tahu..tolong betulkan kalau silap.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... saya nak bertanya kenapa akak tidak berani untuk berjumpa dengan puteri itu? Adakah kerana dia bukan lagi manusia?

      Delete
    2. Assalamualaikum puteri gunung ledang adalah nama samarannyer,beliau berasal dari Indonesia
      Bertapa di gunung ledang sampailah beliau ghaib
      Kerana ilmu agamanya... Adik perempuan saya pernah masuk ke alam ghaib dan berjumpa puteri
      Bersilat sama sama dan membaca AlQuran itu yg dia belajar tapi sekarang tak lah dia masuk ke sana lagi kerana adik dah tak ada masa sibuk menjaga Anak kecil....saya teringin tapi tak dpt masuk kerana saya tak macam adik...lagipun saya sakit kena sihir... Untungnya bila manusia pandai agama pandai membaca AlQuran banyak kelebihannya tapi saya susah sangat kerana minda saya telah ditutup

      Delete
    3. Assalamualaikum puteri gunung ledang adalah nama samarannyer,beliau berasal dari Indonesia
      Bertapa di gunung ledang sampailah beliau ghaib
      Kerana ilmu agamanya... Adik perempuan saya pernah masuk ke alam ghaib dan berjumpa puteri
      Bersilat sama sama dan membaca AlQuran itu yg dia belajar tapi sekarang tak lah dia masuk ke sana lagi kerana adik dah tak ada masa sibuk menjaga Anak kecil....saya teringin tapi tak dpt masuk kerana saya tak macam adik...lagipun saya sakit kena sihir... Untungnya bila manusia pandai agama pandai membaca AlQuran banyak kelebihannya tapi saya susah sangat kerana minda saya telah ditutup

      Delete
  4. Tentang Hang Tuah, saya tak berapa pasti, tapi dikhabarkan memang sudah tua benar..saya percaya juga sebab tak pernah dengar Hang Tuah dibunuh, meninggal atau sbagainya..saya hanya tahu yang Hang Tuah ghaib tak tahu khabar berita..katanya ghaib ke alam satu lagi juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum bapak saya ada menceritakan yg hang tuah tidak mati sampai lah sekarang... Hang tuah masih hidup tapi di alam ghaib...pernah dia ajak bapak saya bersilat...itu yg bapak ceritakan

      Delete
    2. Assalamualaikum bapak saya ada menceritakan yg hang tuah tidak mati sampai lah sekarang... Hang tuah masih hidup tapi di alam ghaib...pernah dia ajak bapak saya bersilat...itu yg bapak ceritakan

      Delete
    3. Assalamualaikum bapak saya ada menceritakan yg hang tuah tidak mati sampai lah sekarang... Hang tuah masih hidup tapi di alam ghaib...pernah dia ajak bapak saya bersilat...itu yg bapak ceritakan

      Delete
  5. Harap jangan semua terkeliru dengan versi filem yang di hasilkan oleh Enfinity Production. Seingat saya mamat Khalid, penulis skrip utk filem itu hanya menokok tambah pada cerita asal. Dan Saya sendiri pernah berbual dengan pengkaji sejarah Indonesia yg megesahkan tidak pernah terdpat nama Retno Dumilah dalam senarai puteri2 Majapahit. dan satu lg Kerajaan Demak muncul selepas kejatuhan Majapahit, raja Majapahit yg terakhir sendiri memeluk Islam dan mengasaskan Kerajaan Demak.

    Versi Puteri Gunung Ledang yang saya ceritakan disini adalah apa yang dikesahkan didalam Kitab Salalatus Salatin, (Sejarah Melayu) malah saya juga menokok tambah bagi memberi lebih daya penarik pada ceritanya. Harap pembaca semua sedia maklum...

    ReplyDelete
  6. bestnya, awak memang suka kaji cerita sejarah melayu ke? saya pun suka.

    ReplyDelete
  7. assalamulaikum..saya nak tanya ape kaitan hang Tuah dalam legeda nie..makna nya hang tuah xde kaitan pun..cuma hilang tiada khabar je la..ingatkan memang beliau bercinta dengan puteri..lagi satu..hang tuah tidak jumpa pun puteri nyer tu...

    ReplyDelete
  8. kat mana nak dapat salalatus salatin? and kalau hang tuah hilang? kenapa ada makam hang tuah. Rasanya kat Melaka makamnya. Saya berminat sekali, untuk tahu lebih lanjut. Sesiapa yang tau serba sikit tu. Mohon diulaskan cerita sebenar. Tq. And last sekali nak cakap saya tak pernah jemu g melaka hanya untuk melawat tempat2 sejarah. Haih, kalaulah saya ada pada zaman tu kan best. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kan saya.... setahu saya makam hang tuah dekat indonesia.(saya lupa apa name tempat nya. makam hang jebat yang berada dekat melaka.

      Delete
    2. pernah tdgar cerita dari seorang hamba Allah .
      bahawa Hang Tuah tidak meninggal dunia .. masih hdup
      hanya Allah yg tahu kbenaran nya

      Delete