Monday, May 31, 2010

Sumpahan Mahsuri

Makam Mahsuri dan plat yang menceritakan kisah dan sumpahannya
Potret yang menggambarkan wajah Mahsuri


Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.

Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin. Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan. Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.

Mahsuri dididik dengan segala nilai seorang gadis melayu sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat demi mempertahankan diri. Akhirnya Mahsuri membesar sebagai seorang dara pingitan yang menjadi sebutan dan rebutan kerana sifatnya dan tentunya kejelitaannya yang dikatakan cukup luar biasa. Kemahsyuran Mahsuri bukan setakat terbendung di Kampung Mawat dan Mukim Ulu Melaka-tempat tinggalnya, malah seluruh Pulau Langkawi. Namun selain dari kemahsyuran yang disebut orang, sedikit sebanyak membuahkan rasa iri hati terutamanya di kalangan kaum wanita, yang tidak senang melihat kebanyakan lelaki memuji-muji Mahsuri.

Ini termasuklah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora. Rasa amarah membara apabila Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri. Demi mengelakkan rumah tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan keinginan terhadap Mahsuri.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan secara besar-besaran dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh disudut hati, cemburu masih ada. Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagi isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.

Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku. Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama Mahsuri sedang hamil anak yang sulung. Datuk Pekerma Jaya memeperintahkan orang-orang Langkawi dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini termasuklah Wan Darus.

Dengan hati yang berat Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi. Untuk menghilangkan rasa rindu terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau sedang sarat mengandung. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang dinamakan Wan Hakim.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri bakal berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi, seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah tempat bernama Batu Bara di Acheh. Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri, Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair. Kebolehannya itu menarik perhatian penduduk setempat berkumpul dirumah Pandak Mayah hampir setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.

Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam dihati. Tambahan pula kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri. Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...

Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan disitu, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri. Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang. Lantas, Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora dalam diam tersenyum puas...

Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri. Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri dibawa ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.

Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri. Pandak Mayah dan Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu. Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnya! Keadaan ini memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini akan dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib kepadanya. Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.

Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman...

" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Dan lebih memeranjatkan, darah yang mengalir dari luka tikaman itu berwarna putih, membuktikan penganiayaan yang berlaku keatasnya...namun segalanya sudah terlambat. Mahsuri terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir. Kuasa Allah Yang Maha Besar, kilat sabung menyabung dan ribut melanda Padang Mat Sirat. Kejadian yang menyusul kematian Mahsuri membuktikan yang dia tidak bersalah dan orang ramai mula mengutuk tindakan membabi buta yang dilakukan oleh Datuk Pekerma Jaya. Tapi, segalanya sudah terlambat...

Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Kuala Muda namun kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi apabila menerima berita kematian isteri tercinta. Harapan untuk kembali bersama keluarga yang sekian lama dirindui punah dan hancur. Dengan itu, bersama langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan untuk meninggalkan Langkawi yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama anaknya Wan Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi, keadaan masih belum berakhir di Langkawi...

Tentera Siam mara keseluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau Langkawi, genap tujuh hari selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur dan kematian berlaku dimana-mana. Datuk Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh tentera Siam dan mayatnya dicampakkan di Sungai Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol dan dijadikan hamba abdi oleh tentera Siam. Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi menerima padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi sebaliknya Langkawi hanya mampu menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan kemudiannya...

94 comments:

  1. Tahniah dan terima kasih kepada Faizal Rahmat kerana menulis blog tentang cerita rakyat. Saya berharap Faizal dapat menulis dengan banyak lagi cerita mengikut pelbagai versi cerita yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp tak tau siapa tujuh keturun mahsuri tu klu tak ada dia tak wujud kedah smpi skrg jadi lah padang jarak padang tekukur

      Delete
    2. Keturunan ketujuh mahsuri ada di Thailand bernana Aisyah

      Delete
  2. a wonderfully written piece of work. Kudos to you. I hope you will continue to write more on such topics. How about writing about the era when hang li po was in melaka? And what happened to her entourage and their decendants?

    ReplyDelete
  3. thank kepada penulis blog ini..saya amat happy setelah mengetahui legenda tersebut..dan dapat menjadi panduan sebagai seorang pelajar form5(2013).

    ReplyDelete
  4. Kepada penulis blog ini....

    Syabas....syabas ,,syabas.! Satu usaha yang cemerlang bagi membantu orang ramai mengetahui tentang cerita Mahsuri .

    Ada skrip drama tentang cerita ini tak ? kalau ada..dimana saya boleh ,memperolehinya ?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrip tu xde tapi kalo betul ada usaha nak filem atau drama kan cerita Mahsuri sy sudi membantu

      Delete
    2. Mungkin En.Rajj Kumar boleh menonton Pentorama di panggung mek si mulong di perkampungan makam mahsuri...saya sempat menonton pentorama tersebut...skrip dan jalan ceritanya memang menyentuh hati...

      Delete
    3. salam Faizal Rahmat ..boleh saya tahu cerita yang lebih lanjut mengenai mahsuri

      Delete
  5. kepada faizal.. terima kasih sy ucapkan kerana mlahirkan blog lagenda melayu ini,bagi saya ianya baik utk pengetahuan pelajar dan juga orang ramai yang kurang tahu tentang sejarah.@ bahasa kasarnya sejarah dahulu semakin terpinggir :( di harapkan faizal dapat lagi berkongsi kisah yang lain.

    ReplyDelete
  6. Usaha yang sangat murni dan menarik. Boleh diperkukuhkan cerita dengan mengesan keturunan Mahsuri sebagai bukti cerita ini bukan sahaja legenda tetapi impak besar kepada Sejarah Melayu pada zamannya.

    ReplyDelete
  7. nasib jumpa cerita nie.....saya mw kaji pasal mahsuri..biarpun sya org sabah.... :) ...
    follow ma belog..
    http://misscintakamu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. terima kasih!!!!!!!kalau tak jumpa ni habis PBS saya

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana menceritakan semula kisah mahsuri dengan baik
    .cerita macam ni memang patut diturunkan..dapat budak budak acam saya hayati

    ReplyDelete
  10. i love the story .. thank you :)

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya sy org p langkawi dn sy lhr jgk d ulu melaka...kg ayah btul2 d mkam mahsuri..masa sy kecik dulu mmg segala hsil pertanian d langkawi x mjadi..tnah2 kering kontang..sgt ssah utk tgk rumput....yg mhijau....smp skrg klu mlm2 lalu d rumah arwah kita akn bau wangi shj.....

    ReplyDelete
  12. Saya puji usaha yang ditonjolkan admin melalui kewujudan blog ini. Diharapkan usaha ini tidak hanya terhad kepada dalam bentuk blog sahaja. Mungkin boleh dikembangkan lagi. Tahniah diucapkan. :)

    ReplyDelete
  13. sebab tu lah fitnah itu lebih besar dosa nya dr membunuh...
    tahniah admin masukkan cerita begini di blog...semoga di teruskan usaha dgn cerita3 sejarah mcm ni di masa akn dtg.. :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah satu blog yg dapat mengkongsi lagenda mahsuri kepda smua

    ReplyDelete
  15. The best story.Boleh x post pasal kisah puteri gunung ledang?

    ReplyDelete
  16. kamu boleh dapatkan cerita yg asalatau ori dalam cari.com.my dlm benang Mahsuri D Langkawi oleh tanggo. Pasti anda dapat bezakan mana yg tepat atau palsu.........................atau taip saja sejarah mahsuri dari waris dan enter....tu dia....., baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sngt teruja dgn apa yg dipaparkan dlm blog ini semoga ia menjadi pemgajaran buat kita semua

      Delete
    2. Saya sngt teruja dgn apa yg dipaparkan dlm blog ini semoga ia menjadi pemgajaran buat kita semua

      Delete
    3. Saya dah buka sejarah mahsuri dari waris,,yg di ceritakan oleh en.tanggo... Tapi masih banyak kemushkilan yg saya ingin tanyakan... Boleh kita berjumpa atau berhubung untuk saya tau lagi pasal kisah sebenar Lagenda Mahsuri ??

      Delete
  17. tq pd pnulis blog..sy bru je blk bcti d langkawi..keadaan d muzium mahsuri sndri telah mencetuskn minat sy tuk mncari misteri mahsuri..

    ReplyDelete
  18. terima kasih sudi mencoretkannya di sini..

    ReplyDelete
  19. terima kasih sudi mencoretkannya di sini..

    ReplyDelete
  20. saya pernah lakonkan drama ni.. dan alhamdulillah menang no 1.. klau siapa2 nak saya bagi contoh skrip drama ni boleh email kan ke arefiqdin@gmail.com .. sama2 kita martabatkan kisah melayu yg kian luntur ditelan zaman ni

    ReplyDelete
  21. terima kasih ..... jadi senanglah kerja rumah saya .... :)

    ReplyDelete
  22. terima kasih kerana berkongsi cerita :)

    ReplyDelete
  23. saya suka lagenda mahsuri .. tapi adakah cerita ini benar ataupun hanya mitos ? masih mencari kepastian ... apapun cerita awak menarik saya suka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yg ditulis tu betull...sy dpt dr ayah angkat sy sendiri di langkawi...ayah nii pure langkawi..first day sy n family kat rumah dia,kami minta dia cerita ttg mahsuri sbb kami teringin nak tau ttg cerita sebenar mahsuri...semua betul kecuali yg darah putih...ianya bkn darah putih tp susu ibu akibat ditikam pd bahagian dada beliau..dan ssumpah tujuh keturunan tu pun betull...

      Delete
  24. Askm terima kasih saya kpd faizal yg menulis kisah Mahsuri ini,saya pun baru balik dr Pulau Langkawi ini dn terus mecari maklumat mengenai Mahsuri ini...mmg hebat dn bgus ceritanya cuma sedih ttng sifat org yg dengki sehinggakan rosak poranda kehidupan org lain..semoga roh Mahsuri diletakkan bersama orang2 yg salih Amin....

    ReplyDelete
  25. Askm terima kasih saya kpd faizal yg menulis kisah Mahsuri ini,saya pun baru balik dr Pulau Langkawi ini dn terus mecari maklumat mengenai Mahsuri ini...mmg hebat dn bgus ceritanya cuma sedih ttng sifat org yg dengki sehinggakan rosak poranda kehidupan org lain..semoga roh Mahsuri diletakkan bersama orang2 yg salih Amin....

    ReplyDelete
  26. Askm terima kasih saya kpd faizal yg menulis kisah Mahsuri ini,saya pun baru balik dr Pulau Langkawi ini dn terus mecari maklumat mengenai Mahsuri ini...mmg hebat dn bgus ceritanya cuma sedih ttng sifat org yg dengki sehinggakan rosak poranda kehidupan org lain..semoga roh Mahsuri diletakkan bersama orang2 yg salih Amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..abg faizal..sy teringin nak tahu tentang pulau penyamun kat langkawi tuu..sy ada lalu depan pulau tu masa bercuti dan adalah denger cerita ttg jalan misteri yg diguna penyamun...tp cerita tu x sempat habis...ia bt sy nak tau lebih lagi..boleh x ceritakan ...terima kasih..

      Delete
  27. Askm terima kasih saya kpd faizal yg menulis kisah Mahsuri ini,saya pun baru balik dr Pulau Langkawi ini dn terus mecari maklumat mengenai Mahsuri ini...mmg hebat dn bgus ceritanya cuma sedih ttng sifat org yg dengki sehinggakan rosak poranda kehidupan org lain..semoga roh Mahsuri diletakkan bersama orang2 yg salih Amin....

    ReplyDelete
  28. A wonderfully written piece of work. Kudos to you. I hope you will continue to write more on such topics. How about writing about the era when Hang Lipo was in Melaka? And what happened to her entourage and their descendants?

    ReplyDelete
  29. Bleh juga jalan2 disini. Blog Galeri Mahsuri
    sedang diusahakan bgi pihak En Tanggo

    http://catatanwarismahsuri.blogspot.my/

    ReplyDelete
  30. syabas...satu usaha yang sungguh mengagumkan..diharap memperbanyakkan lagi blog-blog yang mengisahkan legenda melayu........' - '...................

    ReplyDelete
  31. syabas...satu usaha yang sungguh mengagumkan..diharap memperbanyakkan lagi blog-blog yang mengisahkan legenda melayu........' - '...................

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Tahniah, kerana meminati sejarah tempatan. Sedikit nasihat, sebelum menulis cuba buat rujukan dan kajian terlebih dahulu kerana fakta sejarah tidak boleh diubah. Contohnya Mahsuri dibunuh dalam tahun 1819,semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2, bukan pemerintahan Sultan Abdullah atau Sultan Ziyauddin.

    ReplyDelete
  34. Tahniah, kerana meminati sejarah tempatan. Sedikit nasihat, sebelum menulis cuba buat rujukan dan kajian terlebih dahulu kerana fakta sejarah tidak boleh diubah. Contohnya Mahsuri dibunuh dalam tahun 1819,semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2 1797-1843, bukan pemerintahan Sultan Abdullah atau Sultan Ziyauddin.

    ReplyDelete
  35. Tahniah..usaha yg baik..semoga dapat dijadikan bahan bacaan yg bauk khususnya kepada pelajar2..

    ReplyDelete
  36. Tahniah..usaha yg baik..semoga dapat dijadikan bahan bacaan yg bauk khususnya kepada pelajar2..

    ReplyDelete
  37. This story is very good.

    Teruskan usaha

    ReplyDelete
  38. Bagus! Cerita ni memang menarik tapi boleh tak jangan cerita dalam bentuk karangan panjang? Kalau sanggup, buatlah buku tapi buku tu mesti ada gambar dan berwarna serta menarik pembaca terutamanya kanak-kanak.

    ReplyDelete
  39. Penghulu Ulu Melaka, Langkawi terkemudian di dalam Arkib adalah Dahakim bin Long. Long mempunyai ilmu kebal kulit. Long bin Kecik bin Segara. Segara dari Jawa. Kecik giat menpertahan Langkawi dari serangan menurut cerita tok aji Puteh bt lebai Ahmad. Kalau tak silap Segara menjadi penghulu Ulu Melaka Langkawi selepas tragedi Mahsuri.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih dengan penulisan ini.sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan tentang sejarah mahsuri

    ReplyDelete
  41. Wan darus tu adik lelaki tunggal ke anak lelaki tunggal wan yahya?

    ReplyDelete
  42. hebatla anak muda minat cerita2 lagenda ni, rasa terharu pulak, bagus2 :)

    ReplyDelete
  43. Sehingga bila sumpahan 7 keturunan tu berakhir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh berakhir sumpahan ni. sebab tu la dah maju sekarang. doa org2 teraniaya sgt makbul.

      Delete
  44. saya suka sebab besttttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  45. Sampai skrg saya masih tertanya2...cerita mahsuri ni lagenda atau mitos?tny jee

    ReplyDelete
  46. Saya dari sarawak...saya pergi kedah..rmah abg ipar..aBg ipar orang thailand..dia ada crta sdkit ttg mKam mahsuri..sbb mak saya yg ajak pergi tmpt makam mahsuri..saya baru tahu lebih lanjut sbnarnyA..trtarik...dh masuk tmpt makam mahsuri..pergi melwat rumah..perigi tmpt mahsuri mandi..dikatakan air perigi itu xpnah dan xkan kering..slain itu air perigi itu membuat seseorg awet muda..

    ReplyDelete
  47. Bestlaaa...cerita die rasa mcm tgk drama plak......syabas kepada penulis...

    ReplyDelete
  48. Kesiannya mahsuri, kena Tikam dengan kejam
    Mahsuri tiada apa apa Salah tapi Mungkin Dia lagi seronok Di syurga

    ReplyDelete
  49. Kepada faizal....terima kasih kerana sudi menceritakan cerita rakyat lagenda MAHSURI.Saya sangat suka......sekali lagi,TERIMA KASIH...........

    ReplyDelete
  50. Dah lama tak baca cerita ni, bila baca balik macam seronok pula. O ya siapa penulis pertama cerita Mahsuri ni ya dan bila tulisan pertama diterbitkan?

    ReplyDelete
  51. manycam pro crack Such a nice and helpful piece of information. I’m so happy that you shared this helpful information with us. Please keep us up to date like this. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  52. Thanks for provide great informatic and looking beautiful blog, really nice required information & the things i never imagined and i would request, wright more blog and blog post like that for us. Thanks you once agian gridinsoft-anti-malware-crack

    ReplyDelete
  53. Thank you, I’ve recently been searching for information about this subject for a long time and yours is the best I have found out so far.Final Cut Pro Crack

    ReplyDelete
  54. https://newcrackkey.com/connectify-hotspot-pro-crack-free/ You don’t have to set up a separate area to spread your imaginative textures as this program allows you to do this task anytime, anywhere?

    ReplyDelete
  55. Woah! This site's template/theme appeals to me much.
    It's straightforward, yet it's effective. Getting the "perfect balance" might be difficult at times.
    between excellent usability and aesthetics, I think you did a fantastic job on this.
    Furthermore, the blog is quite rapid to load.
    I'm using Firefox. Fantastic website!
    driver easy pro crack
    driver talent pro crack
    little snitch crack
    windows 10 premium crack

    ReplyDelete
  56. It's great to have you here. I really like the colours and theme.
    Is this your website? I'd like to start working on my project as soon as possible.
    If you don't mind, I was curious to know where you got this or what theme you're using.
    Thank you.
    HowToCrack Window Software

    ReplyDelete
  57. Here at Karanpccrack, you will get all your favourite software. Our site has a collection of useful software. That will help for your, Visite here and get all your favourite and useful software free.
    karanpccrack
    Lucky Patcher Crack

    ReplyDelete
  58. Syncios Pro 6 takes over iTunes and can easily manage Android smartphones. 제주좜μž₯샡Everyone knows the power of iTunes. With Syncios Pro 6, however, it becomes clear that most people don't like iTunes. What if I have to transfer data from my PC to my iOS device? Syncios is a practical alternative to iTunes, but it also has a good Android administrator.

    ReplyDelete