Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi
Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.
Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?
Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!
Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.
Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati. Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang....
salam tuan hamba...hamba nak mohon izin untuk copy paste artikel tuan hamba untuk letak dlm blog hamba...dan hamba akan letakkan sumber asal/url blog tuan hamba....
ReplyDeleteblog hamba : http://puakadotkom.blogspot.com ...
boleh...tq sbb sudi copy ;)
DeleteAssalam ..maaf saya hendak mohon izin dari tuan empunya blog ..hendak copy n paste artikel ini untuk dibuat analisis ..
ReplyDeleteI pon suka sgt dgn cerita2 lagenda dulu2 ni, rasa mcm nk berada dlm zaman dorang..smlm cerita ni tayang kt tv3 x sempat nk tgk tu yg dok google apa kisah sebenar cerita ni..hrrm now baru tahu...ur explanation very clear, good job :)
ReplyDeleteboleh tengok dekat tonton.com
Deletehai. saya mnta izin copy artikel. Sila visit
ReplyDeletehttp://zonwanita.com/news/mempunyai-100-suami-lagenda-siti-aminah-tanah-mahsyur-atau-dikenali-siti-jalang
ASSALAM IZIN KAK COPY UTK BLOG KAK...YA.
ReplyDeleteASSALAM IZIN KAK COPY UTK BLOG KAK...YA.
ReplyDeleteKalu ada peluang blh pergi ke makam siti aminah di kota tinggi..
ReplyDeleteTq sya pn nk copy paste yer..
as salam.. saya pun nak mintak izin untuk copy ya..
ReplyDeleteterima kasih...
as salam.. saya pun nak mintak izin untuk copy ya..
ReplyDeleteterima kasih...
Betulkah nisan ini kepunyaan Siti Tok Jalang, melihat bentuk batunya ianya adalah nisan Acheh, Nisan Acheh selalunya digunakan untuk orang berketurunan raja atau raja..
ReplyDeletesaya dah baca apa yang anda cuba share di blog ni. saya sokong, amat baik input yang dikongsikan.
ReplyDeleteJika tidak keberatan, hope sesiapa yang berkunjung ke blog ini dapat luangkan masa untuk singgah ke blog saya,
norashikin6758.blogspot.my
santai-santai je
al-fatihah untuk arwah...salah seorang wali...
ReplyDeleteDia mati dihina org padahal bukan salah dia pun.. byk pahala dia dpt di akhirat (krn difitnah)..al.fatihah..moga ditempatkan di syurga bersama org beriman amiinn
ReplyDeleteDia mati dihina org padahal bukan salah dia pun.. byk pahala dia dpt di akhirat (mdpt gelaran buruk padahal dia bukan wanita yg jalang) ..al.fatihah..moga ditempatkan di syurga bersama org beriman amiinn
ReplyDeleteHi saya sedang melakukan research tentang Cik Siti Aminah Tanah Mashyur ni. Saya ada terbaca banyak versi tentangnya dan saya tertanya mana satu yang betul? Adakah dia berkahwin dengan 99 orang lelaki dan akhirnya diceraikan atau akhirnya 99 suaminya mati?
ReplyDeleteAdakah Cik Siti Aminah juga diberi ilmu pendinding untuk menyelamatkan dia dianiayai lelaki atau dia berjumpa nenek kebayan untuk menjadikan dia awet muda?